|
|
| Sunday, 9-Nov-2008 15:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuih Tart
|
|
Tahla hari ni tiba2 rasa nak buat kuih tart..walaupun raya dah abis..sblm raya terngin nak buat tapi x sempat sbb blk kg awl sgt..hehehe
Gelisah rasa sbb x dpt mkn kuih tart spt yg diigini..kuih beli x berapa memenuhi selera..so dlm keadaan yg adriana memekak..(jeles sbb mama di x layan dia sbuk bt tart)..akhirnya berjaya juga buat..pas maghrib je terus ke dapur..buat projek mkn2..hehehe
Resepi Kuih Tart Nenas
Bahan2 jem>
sebiji nenas(blend)
15 sudu gula
3 sudu besar tepung gandum
Masuk kesemua bahan dalam kuali masak hingga kering n liat..
Bahan2>
Sebuku butter jenama farmcow
sebiji telur
4 sudu besar gula halus
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besaar tpg kastard
..tepung gandum main agak je sampai dok dapat kepal lembut
..gaul kesemua bahan dalam besen sampai lembut n boleh kepal..adunan biar lembut agar mudah dipam dalam acuan..letakkan jem ditengah2...than gulung..lastly sapu kuning telur di atasnya...(kali ni sy x sempat nak sapu kuning telur sbb nak cepat bb merengek2)...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Aug-2008 09:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Solok Ikan Kelantan
|
 |
|
Solok Ikan Selepas Digoreng
|
|
 |
|
Solok Ikan Sebelum Digoreng
|
|
|
|
 |
|
Sedia Untuk Disimpan Dalam Freezer
|
|
|
Solok ikan ni adalah masakan tradisi org kelantan..1st time cuba mmg sedap...rasa mcm satar ikan pun ada..hari khamis lepas sebelum mertua blk kelantan sempatla tgk mertua buat n ambik resepi..
Mmg rumit buat solok ikan ni..tp sbb minat utk mencuba..gagahkan diri juga..mula buat pukul 12.00 am..siap pukul 2.00 am..dkt 2 jam jugak..naik kecut n hanyir tangan dok main dgn ikan ni..xpenah2 seumur hidup operate ikan sampai tggl kulit n keluarkan semua isi2 ikan..saja buat byk2 simpan dlm peti sejuk..rasa nak mkn goreng je..
Ok..jom kt tgk resepi di bawah..
Solok Ikan
Bahan2
1kg ikan kembung
2 biji kelapa parut
Bahan utk kisar@ tumbuk
3 biji bawang besar
4 ulas bawang
1 inci halia
4 batang serai(dihiris halus2 sblm ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam
Bahan utk tabur
1 biji bawang besar dihiris halus
3 tangkai dau kesum dihiris halus
3 biji cili merah dihiris halus
Cara2
1. Cuci ikan sehingga bersih
2. Belah tepi ikan utk keluarkan tulang n isi ikan
3. Tinggalkan kulit ikan
4. Dalam lesung batu masukan kelapa parut n isi ikan
5. Tumbuk kesemua isi ikan n kelapa hingga sebati
6. Masukkan bahan2 kisar n bahan2 tabur
7. Masukkan garam n gula secukup rasa
8. Uli kesemua bahan hingga sebati
9. Sumbat di dalam ikan
10. Akhir sekali goreng dlm minyak panas
Sedia utk dihidangkan....Selamat mencuba
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Aug-2008 15:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
|
|
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 20:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puding Jagung
|
|
Puding Jagung[u]
Bahan2
1 tin jagung
1 tin susu cair F&N
3 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung kastard
Cara2
1. Masuk semua bahan dalam periuk
2. Kacau dengan api pelahan (jangan berhenti kacau sehingga pekat sbb kalau berhenti kacau akan menyebabkan bawah periuk hangit n berketul2)
3. Setelah likat, tuang dalam loyang
4. Simpan dala peti
5. Setelah sejuk bolehla dimakan
Selamat Mencuba!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jul-2008 02:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Danga Bay. Danga Bay, Danga Bay..
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masak..Masak..Masak..
|
|
Akum...hmm mlm ni akak penat cikit..byk benda nak buat sbb esk adik ipar nak daftar kat UTM skudai.So, akak rajin2kanla diri masak utk bwk bekal..Adriana pulak berkarenah sbb tak berapa sihat(cirit birit)..mlm ni papa dia takde pulak..tak menang tgn akak....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jul-2008 18:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kaswi, Kaswi, Kaswi...
|
 |
|
Kuih Kaswi Sedia Untuk Dihantar Ke Rumah Jiran
|
|
 |
|
Kuih Kaswi Yang Baru diKukus
|
|
 |
|
Tomyam Seafood
|
| | View all 6 photos... |
|
Kuih kaswi ni penah mkn time kecik2 dulu..Skrg ni jarang nak jumpa kuih ni..Majlis2 keramaian pun dah makin dilupakan kuih nenek moyang ni..Sbb org skrg lebih suka makanan western spt spagetti, cheese tart, brownies, cheese cake, pizza,lasagna dll..yela integration katakan!
Lgpun org muda skrg rajin mencuba masakan western yg kian diketengahkan di restaurant2 francais..dari tak kenal langsung boleh terkenal sampaikan nenek moyang pun ikut makan mkanan western..hehehe..lidah pun dah tak kisah terima apa jua mknan.Sbb kat Malaysia ni bermacam masakan disajikan di majlis2 keramaian..
So, dikesempatan ni tiba2 tekak ni dah muak dgn makanan western..Cubalah resepi yang main hentam je..tup2 jadi..kebetulan jiran dkt sini mengadakan kenduri bacaan yasin..So hulur2kanlah kuih kaswi ni..Mmg tepat pada masanya kuih ni tiada dlm menu yang ada..adalah kelainan cikit...nak siarkan resepi pun tak tau sukatannya..sbb main agak2 je..Guna 3 jenis tepung..tpg gandum, tpg ubi n tpg beras..air kapur cikit, gula melaka(gula kabung)..simple kan???
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Jul-2008 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Yang Tak Berapa Sihat..
|
|
Smlm tak sempat update fp coz tak berapa sihat...Adriana merengek2 mama dia tak pedulikan dia..
Nak tido mlm mmg susah..sbb mama dia pun tak larat nak bangun..dia langsung tak nak tdo dgn papa dia..hmm..sakit2 pun bgn juga riba dia..tak sampai 5 min terus tido..mcm tula dia.Kalau bab nak main cari papa dia..nak tdo mama dia.kecik lg dah pandai memilih..
Actually smlm pegi tangkak nak shopping kain utk raya..tp disebabkan tak berapa sihat tak sempat nak survey..main ambik jela..tu yang sampai kena tipu..kain baju melayu husband smpai $80..padahal kat kedai yang akak beli kain akak(kedai lain) tak sampai pun $50 kain jenis yang sama..hehehe..tu la dah tau tak sihat nak sgt shopping..dikesempatan ni akak baru masukkan pic sajian yg penah akak masak...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Jul-2008 07:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Know Our Right
|
|
Akum...bertemu kembali..hari ni akak nak cerita pasal kejadian smlm.. hehehe ni disebabkan husband akak ckp kemungkinan stok susu Adriana tak cukup untuk sebulan(dgr ura2 formula bayi akan naik harga lagi) so kami decide utk pegi beli formula Adriana dkt supermarket berdekatan..
Setibanya disana kami terus menuju bahagian formula bayi..Adriana minum susu Mamex Gold sbb susu lain tak sesuai dgnnya..Actually Mamex gold baru je tukar packaging dan dinaikkan harga pada bln 3 lepas..disebabkan kenaikan harga sehingga memcecah RM10, kami cuba mendapatkan stok lama dgn harga lama.. mmg sblm ni kami survey kat lain2 supermarket tiada stok lama..hanya supermaket ni sahaja yang masih ada..
Nasib tidak menyebelahi kami sbb kat supermarket ni pun dah abis stok lama..tggl yang baru sahaja.Tetapi yg mengejutkan kami ialah pada rak tersebut masih terpapar harga lama iaitu RM37.90 sekotak..Apalg..kami pun tersenyum dan terus ambik 4 kotak.. Kemudian kami terus membuat pembayaran di kaunter..
Selepas cashier scan kesemua formula bayi berkenaan..terpaparlah harga RM 174.40 pada skrin mesin RM20 tu..saya pun jadi hairan kenapa jumlah lain dr yg kami jangka (RM151.60)??? rupa2nya..dlm sistem tersebut..telah dimasukkan harga baru..cuma di rak masih display harga lama..kami pun tak puas hati..(tau beli kat tmpat lain pun takpe)..lalu bertanya cashier berkenaan..slpas berunding dgn supervisor disitu, supervisor tersebut setuju utk membenarkan kami membuat bayaran menggunakan harga lama...
Alhamdullilah kami bersyukur supermarket ini masih mengutamakan pelanggan..
Dlm soal ni sapa yang bersalah??
Sebagai customer we need to know our right! dlm keadaan harga brg yg melambung naik di negara kt, jgn sekali sekala beri peluang untuk peniaga menipu kita dgn meletakkan harga sesuka hati..
Jika ada sesiapa di luar sana yang ingin membeli barang, semak resit anda sblm pulang ke rumah..pastikan apa yg anda tgk(harga di display rack) sama tally dgn resit.. JADILAH PENGGUNA BIJAK!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Jul-2008 04:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Koleksi kek
|
|
Akum...hehehe..nak kena cepat update sbb bb tgh tdo.akak ni suka sgt kumpul pic kek besday famili..actually byk lg pic tp kat pc umah mak kat KL
So ini jela yang dpt akak update..suka sgtla tgk2 deco kek..nak buat sendiri tak kreatif.. harap dgn tgk deco2 kek ni dapatla cuci mata sikit
Sbb mmg favorite sgtla tgk fp kengkwn yang kreatif n inovatif..bila la nak pandai buat mcm diaorg..at least dapatla deco kek utk famili sendiri...
|
|
|
|